Wednesday, August 10, 2011

BOLASEPAK MALAYSIA KETANDUSAN PEMAIN2 BERBAKAT BERBANGSA CINA

Di era kegemilangan bolasepak malaysia sekitar tahun 60-90an, pasukan kebangsaan Malaysia dibarisi oleh ramai pemain-pemain berbangsa Cina. Terlalu ramai sangat, antaranya, Soh Chin Aun, kapten malaysia paling terbaik pernah dilahirkan. Siapa tak ingat James Wong yang meledak gol kemenangan yang membawa Malaysia ke temasya Olimpik Moscow 1980.  Ng Boon Bee pula bukan calang-calang pemain kerana selain dari mewakili pasukan bolasepak kebangsaan, beliau juga adalah pemain badminton tersohor dunia.

Ramai juga yang pengiktirafan dengan beraksi di liga-liga proffesional luar negeri.  Antaranya Chow Chee Keong, Yip Chee Keong, Lim Fung Kee, Wong Kam Fook bermain di liga Hong Kong.  Paling terkenal sudah tentu Lim Teong Kim yang pernah beraksi untuk Hertha Berlin (Jerman) dan GAK Graz(Austria).  Teong Kim sekarang menjadi jurulatih skuad remaja Bayern Munich.
Chow Kwai Lam- bekas pemain kebangsaan.  pernah melatih pasukan kebangsaan dan KL.

 Soh Chin Aun- kapten Malaysia paling disegani

Itu dulu tapi jika amati perjalanan liga bolasepak  malaysia sekarang,  amat jarang kita dapat lihat kelibat pemain-pemain berbangsa Cina.  Liew Kit Kong, Ching Hong Aik, Chun Kah Hong, Yong Kuong Yong, Chan Win Hoong, Wong Sai Kong, Lim Chan Yew, Choi Wah Seng, Kam Soo Hong, Moh Thong Tuang, See Kok Luen, Nicholas Chan, Ian James Wong dan Chow Chee Weng (baru umumkan persaraan) adalah berapa kerat anak muda Cina yang beraksi dalam liga tempatan. Sejak berapa tahun ni amat sukar nak jumpa pemain-pemain Cina dalam senarai pemain pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga-M..

Kalau dibandingkan dengan sekitar era 60-90an, kehangatan bolasepak Malaysia diwarnai dengan kelibat pemain-pemain berbilang kaum termasuk kaum Cina.  Selangor,  Melaka, Perak, PP, KL adalah paling teramai melahirkan bakat-bakat bolasepak dari kaum Cina. Malah ramai yang terpilih menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Selangor yang pernah menjulang Piala Malaysia 32 kali pernah melahirkan bakat-bakat seperti Chow Kwai Lam, Arthur Koh,  Wong Choon Wah, Lim Fung Kee, Chow Chee Keong, Yip Chee Keong, Ho Hong Seong, Wong Hung Nung(juga pemain golf proffesional), Too Seng Fee, Khan Hung Meng, Wong Yuat Yew, Ong Chee Keong dan Aiman Firdaus Tan.

Melaka berbangga dengan Soh Chin Aun, 'Choe Brothers' (Robert & Richard), 'Lim Brothers' (  Kim Choon, Chuan Chin, Teong Kim), Wong Kow Fou, Teh Gan San, Richard Teoh,  Anthony Koh, Yoon Wai Hwang (jurulatih penjaga gol Olimpik Malaysia), Soh Chor Len, Lim Yu Poh, Ong Kim Swee (ketua jurulatih Olimpik Malaysia), Tan Kam Ho, Chong Chee Wai dan Leong Hon Seng.

Perak yang gigih memberikan saingan kepada Selangor dalam saingan bolasepak domestik pernah diwakili oleh Chan Tuck Choy, Ng Boon Bee, Chan Sze On, Koo Luen Khen,   Foo Fook Chuan,  Wong Fook Chuan, Wong Hee Kok,  Chong Yee Fatt (penolong jurulatih Liga-M Perak), Nazreen Chong Abdullah,  Lim Seng Kong,  Yam Wai Leong,  Lam Wai Hun,  Goh Seng Chuan,  Wong Kok Sum,  Chee Wan Hoe, Tay Sing Kiat dan Chan Kok Heng.

PP pula boleh berbangga dengan 'Pang Brothers' (Siang Teck & Siang Hock), Lok Pheng Cheng, Hor Kok Yin, Moey Yoke Ham, Teoh Seng Huat, Chen Woon Haw, Seah Chee Guan, Lim Say Hoe, Tan Chong Aik, Chong Kin Kong, Pang Boon Say, Chiew Chun Hoong,  Yoon Wai Seang,  Moey Kok Hong, Ng Kok Beng dan Ooi Hoe Guan.

KL pernah menjulang Piala Malaysia 3 kali sekitar tahun 80an dengan sentuhan Chow Kwai Lam sebagai jurulatih.  Pasukan ini pada masa itu turut diperkuatkan oleh Tang Siew Seng, See Kim Seng, Chow Siew Yai dan Michael Chang.  Nama-nama lain yang pernah mewakili KL ialah Lim Kim Lian, Lim Hong Guan, Chan Kok Meng, Oswald Liew, Ng Liang Yik, Kok Kek Lin, Eric Sim dan bekas pemain kebangsaan, Yap Wai Loon.

Negeri-negeri lain juga tidak ketinggalan  mempunyai pemain berbangsa Cina.  Khor Sek Lek@Azraai Khor, Lee Kin Hong, Ng Chiew Beng, Chan Keat Swee, Lee Thean Ewe, Tan Cheng Hoe(pembantu jurulatih skuad kebangsaan), Ooi Ah Bee, Cheah Keng Seng, Yeoh Chooi Hooi dan Tan Gim Hong bersama Kedah. Part Thin Tart dan Lim Seng Khoon (saudara tertua Lim Brothers dari Melaka) bermain untuk ATM.   Liew Kum Tu, Low Seng Chong dan Ong Chee Heng (Johor); Tony Chia, Tan Kok Yong, Yeo Swee Hock dan Aiman Wong Abdullah(NS); 'Wong Brothers' (James & Tony), Lee Shen Fui, Faisal Yee Abdullah, Zakyell Leong dan Billyton Vun Man Kit (Sabah); Ong Yu Tiang, Kee Teong Peng dan Wee Lynn Kirk (Trengganu); Ho Shyu Chiang, Wee Yew Lee, Yap Kam Choon dan Nazreen Tee Abdullah (Kelantan); Ong Kick Lim dan Bobby Chua (Sarawak). 

Cuma yang menjadi persoalan mana pergi bakat-bakat muda dari kaum Cina.  Adakah mereka lebih menumpukan kepada proffesion lain atau menceburi dunia keusahawanan yang sebati sejak zaman nenek moyang mereka lagi.  Atau belia-belia Cina ini lebih menumpukan kepada sukan-sukan lain seperti badminton, squasy  yang memberikan tarikan-tarikannya tersendiri; atau sukan-sukan didominasi oleh kaum Cina seperti ping pong dan bola keranjang. 

Dalam satu wawancara, Lim Teong Kim pernah memberitahu beliau mengasah bakatnya dengan bermain bolasepak setiap petang di Bandar Hilir Melaka.  Namum realiti kepesatan ekonomi sekarang menyebabkan padang-padang bolasepak digantikan dengan pembinaan bangunan-bangunan komersial dan padang-padang golf.  Nampaknya bagi sebahagian remaja-remaja sekarang (tak kira apa bangsa) nak asah skil bolasepak main sahaja permainan bolasepak dalam PSP, Wii, Iphone dan pelbagai gadjet-gadjet lain. 

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

No comments:

Post a Comment